Rompakan Di Rumah
1. Pastikan pintu pagar atau pintu utama dikunci sepanjang masa.
2. Jangan buka pintu kepada orang yang tidak dikenali.
3. Kenal pasti pelawat melalui 'door viewer' dan pastikan
rantai kunci pintu berkunci apabila bercakap dengan pelawat yang tidak
dikenali.
4. Maklumkan kepada ahli keluarga terlebih dahulu jika anda
menyuruh kawan atau seseorang ke rumah anda.
Rompakan Di Tempat Awam
1. Berwaspada apabila ada orang yang tidak dikenali mengekori anda
atau yang berpeleseran di kawasan lif.
2. Elakkan dari menaiki lif dengan orang yang mencurigakan.
3. Aturkan seseorang untuk menemani anda pulang ke rumah.
4. Apabila anda dalam lif, sentiasa berdiri berdekatan dengan panel
kawalan lif. Ini membolehkan anda mengawal lif jika berlaku perkara yang tidak
diingini.
5. Elakkan dari memakai barang kemas atau membawa wang tunai yang
banyak.
6. Rancang perjalanan anda dan elakkan dari melalui tempat gelap
atau sunyi.
7. Berhati-hati dengan orang yang mencurigakan yang sentiasa
berpeleseran di lif, tangga, kaki lima dan di kawasan awam.
8. Bawa alat penggera bersama anda dan gunakan ia untuk mencegah
perompak atau untuk menarik perhatian orang yang berdekatan.
Apa Perlu Dilakukan Apabila Anda Dirompak.
1. Anda perlu bertenang.
2. Jangan bertindak jika perompak berkenaan mempunyai senjata.
3. Perhatikan gerak-geri perompak seperti perwatakan, air muka,
pakaian, tingkah laku pergerakan dan keterangan fizikal yang lain. Ia boleh
membantu polis untuk mengesan perompak berkenaan.
4. Perhatikan juga ke mana arah dan cara perompak itu melarikan
diri. Jika ia menggunakan kenderaan, rekodkan nombor pendaftaran, warna
kenderaan, dan jenis kenderaan. Pastikan juga ke arah mana ia pergi.
5. Hubungi polis di nombor 999
atau hubungi Balai Polis berdekatan dengan segera.
0 comments:
Catat Ulasan