Sabtu, 10 Mei 2014

MAJLIS PENUTUPAN BENGKEL PENGURUSAN KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN PEMBINAAN BLOG KPJ SEKOLAH

KOTA BHARU, 4 Mei – Sebuah Majlis Makan Malam anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Kelantan telah diadakan bagi melancarkan laman blog rasmi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Kelantan di PCB Resort, di sini. Majlis yang dianjurkan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (IPGKKB) serta Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan ini telah diadakan sebagai meraikan Majlis Penutupan Bengkel Pengurusan Kelab Pencegahan Jenayah dan Pembinaan Blog KPJ Sekolah Peringkat IPG Kampus Kota Bharu yang telah diadakan selama tiga hari bermula dari 28 sehingga 30 April 2014. Kesemua peserta bengkel ini telah bertanding sesama mereka dalam menghasilkan laman blog bagi sekolah masing-masing serta buku pengurusan dan papan maklumat mengenai Kelab Pencegahan Jenayah sekolah tersebut.
Di samping itu, majlis ini turut diadakan bagi meraikan transformasi  baru dalam saluran penyampaian maklumat Yayasan Pencegahan Jenayah Kelantan. Transformasi ini telah dimanifestasikan menerusi pelancaran laman blog YPJM Kelantan yang akan berfungsi sebagai medan ilmu dan sumber rujukan masyarakat terutamanya golongan pendidik dan bakal pendidik tentang pelbagai maklumat mengenai tatacara mencegah dan menghadapi pelbagai jenis salahlaku dan jenayah yang kemungkinannya berlaku dalam kalangan pelajar sekolah pada zaman yang serba moden ini.
Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian daripada Yang Dihormati SAC Dato' Mazlan Bin Lazim dan diteruskan dengan pelancaran laman blog YPJM Kelantan. Pelancaran laman blog ini diadakan setelah para hakim memilih laman blog yang terbaik menerusi kategori terbuka yang dipertandingkan kepada guru-guru pelatih IPG Kampus Kota Bharu. Setelah selesai sesi pelancaran laman blog YPJM Kelantan, majlis diteruskan pula dengan sesi penyampaian hadiah dan cenderahati kepada para pemenang bagi ketagori peserta bengkel dan kategori terbuka.
Berikut merupakan kategori yang telah dipertandingkan sepanjang bengkel ini diadakan dan kesemua pemenangnya telah diberikan hadiah beserta sijil penghargaan masing-masing pada majlis tersebut:
  • KATEGORI MEREKACIPTA LAMAN BLOG YAYASAN PENCEGAHAN JENAYAH MALAYSIA KELANTAN (TERBUKA)
  • KATEGORI BUKU PENGURUSAN KPJ TERBAIK
  • KATEGORI MEREKACIPTA LAMAN BLOG KPJ IPGKKB/ SEKOLAH
  • KATEGORI PAPAN NOTIS TERBAIK
  • KATEGORI MESEJ CEGAH JENAYAH TERBAIK OLEH AJK KELAB

Nukilan seterusnya diabadikan menerusi gambar-gambar yang telah diambil sepanjang majlis pada malam tersebut:

Antara barisan tetamu kehormat yang hadir


Sesi pelancaran laman blog YPJMK oleh YDH Dato’ Mazlan


Pemenang bagi kategori terbuka


Pemenang bagi kategori buku pengurusan KPJ terbaik


Pemenang bagi kategori laman blog KPJ sekolah


Pemenang bagi kategori papan notis terbaik


Pemenang bagi kategori mesej pencegahan jenayah terbaik


0 comments:

Catat Ulasan