Di Manakah Peragut Dan Penyeluk Saku Bertindak:
1. Peragut sering bertindak di jalan atau lorong yang gelap atau
sunyi.
2. Lazimnya peragut menggunakan kenderaan seperti motorsikal atau
kereta untuk melakukan kegiatan mereka.
Bagaimana Ia Boleh Belaku:
1. Memakai barang-barang kemas yang sangat ketara dan
mendedahkannya untuk tontonan orang ramai.
2. Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut.
3. Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat
sibuk dan sesak.
4. Meninggalkan beg-beg yang berisi wang di kaunter pintu masuk
pusat membeli-belah semasa masuk membeli-belah.
5. Menyimpan beg duit di kocek-kocek belakang yang tidak berbutang.
Langkah-Langkah Keselamatan Dari Ragut:
1. Sentiasa membawa wang secara minima.
2. Selindung wang daripada pandangan umum supaya tidak menarik
perhatian penjenayah.
3. Sentiasa membimbit atau mengepit beg tangan dan tidak disangkut
atau disandang pada baju supaya ia lebih sukar diragut dan jika diragut boleh
mengelak dari berlaku kecederaan kerana diseret.
4. Elakkan dari berjalan seorang diri di tempat-tempat sunyi atau
semasa menaiki lif.
5. Jangan mendedahkan barang-barang kemas yang dipakai.
6. Ketika berjalan di atas jalanraya, sentiasa berjalan secara
bertentangan dengan arus lalulintas supaya dapat melihat apa jua kenderaan yang
datang dari arah hadapan. Beg tangan pula dikepit atau dibimbit dengan tangan
kanan.
7. Elakkan dari memakai barang-barang kemas secara berlebihan yang
boleh menarik perhatian penjenayah.
8. Elakkan dari meletak beg tangan yang mudah dicapai oleh orang
lain umpamanya di atas kaunter, di dalam bakul pasar dan sebagainya.
9. Memasang alat penggera pencegahan ragut pada beg tangan.
0 comments:
Catat Ulasan