Bila kes pecah rumah sering
berlaku :-
1. Ketika penghuni
tiada di rumah, sama ada siang mahupun malam.
2. Apabila tahap
kerjasama sesama jiran kurang, malah tidak mengenali antara satu sama lain.
3. Apabila ada
tanda-tanda kecuaian penghuni dalam aspek keselamatan rumahnya.
Langkah anda sebagai penghuni
rumah yang berwaspada :-
1. Kunci pintu
dan tingkap apabila meninggalkan rumah walaupun untuk masa yang singkat.
2. Jangan
sembunyikan kunci rumah di dalam pasu, bawah alas kaki ataupun dalam rak kasut
di luar rumah.
3. Jangan
tinggalkan nota menunjukkan anda tiada di rumah.
4. Hentikan
hantaran pesanan harian (surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk
beberapa hari.
5. Pasang semula
manga atau kunci rumah yang baru jika anda kehilangan anak kunci ataupun
penyewa rumah bertukar. 6. Elakkan dari memberi kunci rumah kepada kontraktor.
6. Simpan wang
tunai di bank dan barang kemas di peti simpanan keselamatan.
7. Wujudkan
suasana rumah yang berpenghuni seperti bunyi radio dan lampu terpasang pada
waktu malam (guna “timer”, alat
kawalan waktu).
8. Cabut talian
telefon bagi mengelakkan telefon berdering berterusan ataupun pasang sistem
pesanan/simpanan suara (jangan maklum anda tiada di rumah).
9. Sertai program
kejiranan, khususnya bersama polis untuk mengenali serta meningkatkan kerjasama
antara komuniti dan polis.
10. Minta jiran
tolong tengokkan rumah sepanjang ketiadaan anda di rumah dan kutip surat dalam
peti surat, jika ada. 12. Berikan nombor talian anda yang boleh dihubungi dan
juga talian balai polis yang berhampiran.
Perlindungan keselamatan keadaan
rumah:
1. Pintu utama
dan pintu belakang perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dan dilengkapi dengan
sistem kunci yang berkualiti.
2. Pasang ‘door viewer’ dan penyelak di pintu
utama.
3. Pasang jeriji
(grill) berkunci pada pintu dan
tingkap rumah.
4. Pasang lampu
(guna lampu yang jimat tenaga dan mesra alam) yang mempunyai alat pengesan
untuk kawalan di luar rumah.
5. Pasang alat
keselamatan tambahan seperti pengera dan ‘CCTV’.
6. Simpan tangga
dan peralatan (tools) di tempat yang
selamat agar tidak digunakan oleh penceroboh.
7. Pastikan
kebersihan persekitaran rumah agar tidak ditumbuhi lalang dan semak-samun yang
boleh dijadikan tempat sembunyi penceroboh.
8. Pastikan
sekitar kawasan pagar kita tidak mempunyai pokok yang boleh digunakan oleh
penceroboh untuk memasuki rumah dengan mudah.
Ikuti perkembangan aktiviti polis
ketika musim perayaan untukmengetahui akan program RakanCop serta program
keselamatan Balik Kampung,terutamanya ketika musim perayaan.
0 comments:
Catat Ulasan