Cara-Cara Mengelak Dari Kejadian Rogol:
1. Mengawasi ahli keluarga yang kurang siuman atau kebodohan supaya
tidak terbiar dan terdedah kepada bahaya rogol.
2. Memberi pendidikan kepada kanak-kanak mengenai kepentingan menjaga
tubuh badan mereka daripada dicerobohi.
3. Memberi pendidikan agama dan moral tentang dan kemudaratan
perbuatan persetubuhan haram.
4. Mengawasi dan memantau pergaulan anak-anak dan memastikan mereka
tidak melebihi batas.
5. Jangan mempercayai janji-janji oleh bomoh atau singseh. Telah
terbukti persetubuhan bukan satu cara untuk berubat tetapi satu penipuan.
6. Tidak mudah mempercayai janji untuk berkahwin dengan menyerah
kehormatan diri.
7. Tidak mudah menurut pelawaan orang-orang yang tidak atau baru
dikenali untuk makan, minum, bersiar-siar atau pergi ke bilik/rumah mereka.
8. Terlebih dahulu minta dan semak kad kuasa orang yang mengaku
sebagai penjawat awam seperti polis atau pegawai pencegah maksiat sebelum
mengikut arahan mereka.
9. Elakkan dari berjalan bersendirian di tempat-tempat gelap, sunyi
atau terpencil. Jika perlu pergi juga, pastikan anda berteman.
10. Membawa alat penggera peribadi amat disyorkan.
11. Sentiasa berwaspada dengan makanan dan minuman yang diberikan
oleh orang yang tidak atau baru dikenali. Mungkin ia mengandungi dadah, bahan
pelali atau perangsang nafsu.
12. Berwaspada apabila melihat orang yang mencurigakan di sekitar
kawasan kemudahan awam seperti tandas, stesen bas, lif dan sebagainya.
13. Ketika hendak gunakan kenderaan awam, pastikan ada penumpang
wanita lain bersama.
mengatasi ancaman rogol:
1. Undang-undang membenarkan hak untuk mempertahankan diri daripada
dirogol dengan menggunakan kekerasan ke atas penyerang (perogol) sehingga boleh
menyebabkan luka parah atau kematian ke atasnya.
2. Bertenang dan jangan kelam kabut jika diugut atau diserang.
3. Jangan lakukan tindakan yang terburu-buru.
4. Sekiranya anda membuat keputusan untuk melawan, pastikan anda
benar-benar menguasai keadaan. Anda boleh gunakan tangan atau kaki atau
sebarang benda yang ada pada anda seperti beg tangan, payung, kunci dan
sebagainya untuk melawan.
5. Camkan muka dan tanda-tanda yang ada pada penjenayah itu serta
pakaiannya dan juga nombor kenderaan yang digunakan.
6. Untuk membantu penyiasatan polis, anda dinasihatkan supaya tidak
membasuh badan dan pakaian yang dipakai sewaktu kejadian sebelum membuat
laporan polis.
0 comments:
Catat Ulasan