Selasa, 29 April 2014

UiTM Anjur Majlis Pencegahan Jenayah Perdana

Seramai 500 orang Warga Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media(FKPM),  Universiti Teknologi MARA(UiTM) Cawangan Melaka telah menjayakan majlis Pencegahan Jenayah Perdana bertajuk “Mencegah itu lebih baik dari menghukum”.Rektor UiTM Cawangan Melaka, Datuk Prof.Madya Dr. Mizan Hitam, telah merasmikan program berkaitan di Dewan Bendahara UiTM Cawangan Melaka.Turut hadir, Datuk Prof. Madya Dr.Abu Bakar Mohd Diah, selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Kreativiti Inovasi dan Pengkomersilan(R&DCIC), Prof. Madya Sabariah Hj.Mahat, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik(HEA), En.Norazman Harun, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar(HEP), ASP Mohd. Zulkifli Yusuf, Pegawai Penyiasat Kanan, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah, ASP/PB/Abdul Razak Othman, Unit Polis Bantuan UiTM Cawangan Melaka, pensyarah kanan dan juga para pelajar Diploma Pengajian Media UiTM Melaka.

Menurut Mizan, pihak pengurusan Universiti memandang serius terhadap aspek Pencegahan Jenayah dari kalangan Warga Kampus UiTM khususnya para pelajar.”Penganjuran program Pencegahan Jenayah Perdana oleh Kelab KOMED amat signifiken dengan persekitaran pembelajaran dan keselamatan diri serta aset pelajar,” ujarnya disini baru-baru ini.Beliau memuji usaha Warga Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media(FKPM) untuk mendahului penganjuran program pencegahan jenayah bersama Agensi Keselamatan diperingkat Negeri Melaka, melibatkan Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah,Jabatan Agama Islam Negeri Melaka(JAIM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) dan juga Rumahku Syurgaku(RKSK), Kerajaan Negeri Melaka.”Penganjuran Program Cegah Jenayah ini, membantu usaha pengurusan Universiti untuk menangani permasalahan perlakuan jenayah serta tatatertib yang melibatkan para penuntut UiTM Melaka,” katanya.

Penglibatan pelbagai Agensi Keselamatan bersama pengurusan Unit Polis Bantuan UiTM dijangka mampu membendung peningkatan kes kehilangan harta benda dan juga keselamatan pelajar diperingkat Kolej kediaman dalam dan juga luar kampus.”Semua pihak khususnya PDRM dijangka mampu memberikan sokongan,pemantauan dan kerjasama erat dalam melaporkan apa sahaja kes yang melibatkan para pelajar UiTM,”ujarnya.Muhammad Anwar Fahmi bin Abdullah selaku Penasihat Kelab KOMED berkata, program sepanjang satu hari itu dimeriahkan dengan Larian Cegah Jenayah mengelilingi kampus, Forum Pencegahan Jenayah, Pamerah Booth antara Agensi Keselamatan dan juga pembentangan Kertas Kerja oleh pelajar Part 1, Diploma Pengajian Media UiTM Melaka.Menurut beliau, para pelajar tahun satu, merupakan kumpulan perintis dibarisan hadapan yang wajar dipupuk dengan nilai kesedaran Pencegahan Jenayah.”Kita harap mesej pencegahan jenayah ini akan diterapkan secara langsung terhadap seluruh Warga UiTM, pelajar bukan hanya perlu mencapai kejayaan akademik malahan aspek keselamatan juga wajar dipantau dan dipelihara,”katanya.

Ketua Pusat Pengajian(KPP) Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media(FKPM) En. Shahril Anuar bin Abdul Ghalim berkata, semua pihak wajar memberikan sokongan padu ke arah menangani isu peningkatan kes jenayah dari kalangan pelajar khususnya melalui pendekatan kempen pencegahan.”Pendekatan kerjasama antara pelbagai Agensi Keselamatan dan juga yang penting kesanggupan para pelajar sendiri, turun padang menyertai kempen kesedaran Pencegahan Jenayah bakal membantu pihak pengurusan Universiti tangani isu salahlaku jenayah dari kalangan pelajar,”ujarnya.

Sumber: UiTM Melaka

0 comments:

Catat Ulasan