Isnin, 28 April 2014

Latar Belakang Penubuhan Blog Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia - Kelantan

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. 

Hari ini, 28 April 2014 merupakan hari yang bersejarah bagi penubuhan blog rasmi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia - Kelantan. Alhamdulillah, blog ini telah berjaya dicipta dengan jayanya oleh Saudara Ahmad Nabil bin Mohd Mokhtar dan Saudari Siti Suriani bt Suldi mewakili Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Kota Bharu sesi 2014/2015 yang dipertanggungjawabkan untuk mewakili IPGKKB pembinaan Blog YPJM Kelantan. Kedua-dua guru pelatih ini turut telah diberikan bimbingan oleh pensyarah yang terlibat, Puan Noor Akbari bt Ismail Ali dan Encik Azizi bin Jaafar. Kedua-dua pensyarah ini merupakan peneraju kepada Kelab Pencegahan Jenayah yang akan ditubuhkan di IPG ini.

Atas inisiatif pihak pengurusan IPGKKB yang diterajui oleh Tuan Pengarah IPGKKB sendiri, Tuan Hj Hashim bin Deraman dengan kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM), blog ini telah berjaya dibentuk bagi memberikan pendedahan dan kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan pencegahan jenayah di seluruh Malaysia secara amnya. Dengan berpegang kepada satu moto yang sama, "Mencegah lebih baik daripada Memerangi" adalah satu tanggungjawab yang perlu dipikul oleh semua pihak terutamanya bagi mendidik generasi akan datang.

Semoga dengan kewujudan blog ini, sedikit sebanyak akan dapat membantu orang ramai dalam mendapatkan maklumat yang mungkin boleh digunapakai ketika berhadapan dengan murid-murid dalam usaha membantu pihak kerajaan dalam mengurangkan kadar jenayah di Kelantan terutamanya.

Sekian, Wassalam...
"Mencegah Lebih Baik Daripada Memerangi"

0 comments:

Catat Ulasan