Selasa, 29 April 2014

KPN galak siswa-siswi tubuh kelab pencegahan jenayah

Oleh NURUL SHYAZWANIE ZAINUN @ MOHAMAD
Siswa-siswi Universiti Sains Malaysia (USM) digalak menubuhkan kelab pencegahan jenayah bagi memberi pendedahan mengenai usaha membasmi jenayah yang kian berleluasa.
Hasrat tersebut telah disampaikan oleh Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika menyampaikan syarahan perdana yang bertajuk Futuristic Policing: The Direction of Polis DiRaja Malaysia (PDRM) in the Context of Vision 2020 di Dewan Budaya pada 11 November lalu.
Menurut beliau, melalui kelab pencegahan jenayah, siswa-siswi dapat berkongsi informasi mengenai langkah-langkah pencegahan jenayah sekaligus menjadi agen dalam mencegah aktiviti jenayah.
“Kita seharusnya peka dengan keadaan sekeliling dan perlu bersikap menjaga tepi kain orang kerana melalui sikap sedemikian, kita dapat mengesan aktiviti jenayah yang berlaku dalam kalangan siswa-siswi”, katanya.  
Tambah beliau, kelab ini mampu mengesan aktiviti jenayah dalam kampus dan membentuk sebuah kampus yang betul-betul selamat.
“Siswa-siswi juga harus mempunyai keinginan untuk mengambil tahu akan aktiviti yang mencurigakan di sekeliling mereka kerana ia bermungkinan ialah aktiviti jenayah”, jelasnya.

“Dengan sikap tersebut, tanpa kita sedari ia telah membantu polis dalam membendung aktiviti jenayah daripada terus berleluasa”, katanya.
Dalam ucapannya, beliau turut menggalakkan penglibatan komuniti setempat dalam mencegah jenayah yang dilihat antara kaedah efektif dalam menjalankan tanggungjawab menjaga keselamatan masyarakat dan keamanan negara.

Malah, beliau juga  memperincikan tanggungjawab besar PDRM dalam menjaga dan menentukan tahap keselamatan negara yang meliputi semua aspek termasuklah pencegahan, pengawalan dan tindakan.

0 comments:

Catat Ulasan