Selasa, 29 April 2014

Berita

1) KPN galak siswa-siswi tubuh kelab pencegahan jenayah

2) UiTM Anjur Majlis Pencegahan Jenayah Perdana

  >>> Kembali Ke Info <<<  

 

 


KPN galak siswa-siswi tubuh kelab pencegahan jenayah

Oleh NURUL SHYAZWANIE ZAINUN @ MOHAMAD
Siswa-siswi Universiti Sains Malaysia (USM) digalak menubuhkan kelab pencegahan jenayah bagi memberi pendedahan mengenai usaha membasmi jenayah yang kian berleluasa.
Hasrat tersebut telah disampaikan oleh Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika menyampaikan syarahan perdana yang bertajuk Futuristic Policing: The Direction of Polis DiRaja Malaysia (PDRM) in the Context of Vision 2020 di Dewan Budaya pada 11 November lalu.
Menurut beliau, melalui kelab pencegahan jenayah, siswa-siswi dapat berkongsi informasi mengenai langkah-langkah pencegahan jenayah sekaligus menjadi agen dalam mencegah aktiviti jenayah.
“Kita seharusnya peka dengan keadaan sekeliling dan perlu bersikap menjaga tepi kain orang kerana melalui sikap sedemikian, kita dapat mengesan aktiviti jenayah yang berlaku dalam kalangan siswa-siswi”, katanya.  
Tambah beliau, kelab ini mampu mengesan aktiviti jenayah dalam kampus dan membentuk sebuah kampus yang betul-betul selamat.
“Siswa-siswi juga harus mempunyai keinginan untuk mengambil tahu akan aktiviti yang mencurigakan di sekeliling mereka kerana ia bermungkinan ialah aktiviti jenayah”, jelasnya.

“Dengan sikap tersebut, tanpa kita sedari ia telah membantu polis dalam membendung aktiviti jenayah daripada terus berleluasa”, katanya.
Dalam ucapannya, beliau turut menggalakkan penglibatan komuniti setempat dalam mencegah jenayah yang dilihat antara kaedah efektif dalam menjalankan tanggungjawab menjaga keselamatan masyarakat dan keamanan negara.

Malah, beliau juga  memperincikan tanggungjawab besar PDRM dalam menjaga dan menentukan tahap keselamatan negara yang meliputi semua aspek termasuklah pencegahan, pengawalan dan tindakan.

UiTM Anjur Majlis Pencegahan Jenayah Perdana

Seramai 500 orang Warga Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media(FKPM),  Universiti Teknologi MARA(UiTM) Cawangan Melaka telah menjayakan majlis Pencegahan Jenayah Perdana bertajuk “Mencegah itu lebih baik dari menghukum”.Rektor UiTM Cawangan Melaka, Datuk Prof.Madya Dr. Mizan Hitam, telah merasmikan program berkaitan di Dewan Bendahara UiTM Cawangan Melaka.Turut hadir, Datuk Prof. Madya Dr.Abu Bakar Mohd Diah, selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Kreativiti Inovasi dan Pengkomersilan(R&DCIC), Prof. Madya Sabariah Hj.Mahat, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik(HEA), En.Norazman Harun, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar(HEP), ASP Mohd. Zulkifli Yusuf, Pegawai Penyiasat Kanan, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah, ASP/PB/Abdul Razak Othman, Unit Polis Bantuan UiTM Cawangan Melaka, pensyarah kanan dan juga para pelajar Diploma Pengajian Media UiTM Melaka.

Menurut Mizan, pihak pengurusan Universiti memandang serius terhadap aspek Pencegahan Jenayah dari kalangan Warga Kampus UiTM khususnya para pelajar.”Penganjuran program Pencegahan Jenayah Perdana oleh Kelab KOMED amat signifiken dengan persekitaran pembelajaran dan keselamatan diri serta aset pelajar,” ujarnya disini baru-baru ini.Beliau memuji usaha Warga Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media(FKPM) untuk mendahului penganjuran program pencegahan jenayah bersama Agensi Keselamatan diperingkat Negeri Melaka, melibatkan Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah,Jabatan Agama Islam Negeri Melaka(JAIM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) dan juga Rumahku Syurgaku(RKSK), Kerajaan Negeri Melaka.”Penganjuran Program Cegah Jenayah ini, membantu usaha pengurusan Universiti untuk menangani permasalahan perlakuan jenayah serta tatatertib yang melibatkan para penuntut UiTM Melaka,” katanya.

Penglibatan pelbagai Agensi Keselamatan bersama pengurusan Unit Polis Bantuan UiTM dijangka mampu membendung peningkatan kes kehilangan harta benda dan juga keselamatan pelajar diperingkat Kolej kediaman dalam dan juga luar kampus.”Semua pihak khususnya PDRM dijangka mampu memberikan sokongan,pemantauan dan kerjasama erat dalam melaporkan apa sahaja kes yang melibatkan para pelajar UiTM,”ujarnya.Muhammad Anwar Fahmi bin Abdullah selaku Penasihat Kelab KOMED berkata, program sepanjang satu hari itu dimeriahkan dengan Larian Cegah Jenayah mengelilingi kampus, Forum Pencegahan Jenayah, Pamerah Booth antara Agensi Keselamatan dan juga pembentangan Kertas Kerja oleh pelajar Part 1, Diploma Pengajian Media UiTM Melaka.Menurut beliau, para pelajar tahun satu, merupakan kumpulan perintis dibarisan hadapan yang wajar dipupuk dengan nilai kesedaran Pencegahan Jenayah.”Kita harap mesej pencegahan jenayah ini akan diterapkan secara langsung terhadap seluruh Warga UiTM, pelajar bukan hanya perlu mencapai kejayaan akademik malahan aspek keselamatan juga wajar dipantau dan dipelihara,”katanya.

Ketua Pusat Pengajian(KPP) Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media(FKPM) En. Shahril Anuar bin Abdul Ghalim berkata, semua pihak wajar memberikan sokongan padu ke arah menangani isu peningkatan kes jenayah dari kalangan pelajar khususnya melalui pendekatan kempen pencegahan.”Pendekatan kerjasama antara pelbagai Agensi Keselamatan dan juga yang penting kesanggupan para pelajar sendiri, turun padang menyertai kempen kesedaran Pencegahan Jenayah bakal membantu pihak pengurusan Universiti tangani isu salahlaku jenayah dari kalangan pelajar,”ujarnya.

Sumber: UiTM Melaka

Ketagihan Semula: Bukan Salah Mereka Sahaja



>>> Kembali ke Poster Kesedaran Bahaya Jenayah <<<

Isu-isu & Implikasi Penyalahgunaan Inhalan


>>> Kembali ke Poster Kesedaran Bahaya Jenayah <<<

Perihal Keselamatan ICT




>>> Kembali ke Poster Kesedaran Bahaya Jenayah <<<

Kejam! Kejam! Kejam!




>>> Kembali ke Berita-Berita berkaitan Jenayah <<<

3 Keluarga Polis Dibantu



>>> Kembali ke Berita-Berita berkaitan Jenayah <<<

Menghindar Jenayah Tempat Letak Kereta


>>> Kembali ke Berita-Berita berkaitan Jenayah <<<

Masukkan Bahaya Dadah dalam Silibus Mata Pelajaran


>>> Kembali ke Berita-Berita berkaitan Jenayah <<<

5 Langkah Cegah Jenayah

>>> Kembali ke Berita-Berita berkaitan Jenayah <<<




Gambar Berkaitan Organisasi

Logo Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM)

>>> Kembali Ke Gambar <<<

Poster Kesedaran Bahaya Jenayah

Berita-Berita berkaitan Jenayah


1) 5 Langkah Cegah Jenayah

2) Masukkan Bahaya Dadah dalam Silibus Mata Pelajaran

3) Menghindar Jenayah Tempat Letak Kereta

4) 3 Keluarga Polis Dibantu


5) Kejam! Kejam! Kejam!


>>> Kembali Ke Gambar <<<

Informasi Umum Mengenai Jenayah

Pendekatan Polis Kelantan Cegah Jenayah

 Sumber: Youtube


POLIS, BANK JALIN KERJASAMA CEGAH JENAYAH SIBER

Sumber: Youtube

 


>>> Kembali ke Video <<<

Video

Video YPJMK/KPJ

>>> Kembali Ke Galeri <<<

Gambar


Gambar YPJMK/KPJ

1) Gambar Berkaitan Organisasi

2) Poster Kesedaran Bahaya Jenayah

3) Berita-Berita berkaitan Jenayah

>>> Kembali Ke Galeri <<<

Hubungi Kami

Untuk berurusan dengan pihak kami, sila hubungi melalui:

YAYASAN PENCEGAHAN JENAYAH MALAYSIA – KELANTAN
JAWATANKUASA PERHUBUNGAN NEGERI KELANTAN 2012 ( PPM/KEL0002/93-15)
MALAYSIA CRIME PREVENTION FOUNDATION
 KELANTAN LIAISON COMMITTEE 2012  (PPM/KEL0002/93-15)
D/A IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN KELANTAN
JALAN BAYAM, 15990 KOTA BHARU, KELANTAN
TEL : 6 09-7455509  H/P : 6 012-9085555
E-MAIL : mcpfkelantan@yahoo.com   

WWW. MCPFKELANTAN.COM

 

Pautan


Badan Berkanun (Kerajaan Malaysia) 
Kementerian Dalam Negeri
Kementerian Pendidikan Malaysia
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM)
Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia


Badan Berkanun (Kerajaan Negeri)  
Majlis Perbandaran Kota Bharu 
Ibu Pejabat Polis Kota Bharu 
YPJM KELANTAN

Kelab Pencegahan Jenayah Institusi-institusi Pengajian


Kelab Pencegahan Jenayah Sekolah-sekolah Menengah
Kelab Pencegahan Jenayah Maktab Sultan Ismail
Kelab Pencegahan Jenayah SMK Dato' Ahmad Maher
Kelab Pencegahan Jenayah SMKA Naim Lil Banat
Kelab Pencegahan Jenayah SMK Zainab
Kelab Pencegahan Jenayah SMK Sultan Ismail Kota Bharu
Kelab Pencegahan Jenayah SMK Sering
Kelab Pencegahan Jenayah SMA Tengku Amalin A'ishah Putri 
Kelab Pencegahan Jenayah SMK Kemumin 
Kelab Pencegahan Jenayah SMK Kota 
Kelab Pencegahan Jenayah SMK Panji 
Kelab Pencegahan Jenayah SMK Pengkalan Chepa 1 
Kelab Pencegahan Jenayah SMK Pengkalan Chepa 2 
Kelab Pencegahan Jenayah SMK Pasir Putih
Kelab Pencegahan Jenayah SMK Taman Melawati 
Kelab Pencegahan Jenayah SMK Seri Kembangan
Kelab Pencegahan Jenayah SMK Gombak Setia 
Kelab Pencegahan Jenayah SMK Taman Selesa Jaya


Kelab Pencegahan Jenayah Sekolah-sekolah Rendah
Kelab Pencegahan Jenayah SK Taman Cuepacs 
Kelab Pencegahan Jenayah SK. St. John (1)



Galeri


 




Informasi

Organisasi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Negeri Kelantan (MCPF)


JAWATANKUASA PERHUBUNGAN
YAYASAN PENCEGAHAN JENAYAH MALAYSIA (MCPF)
NEGERI KELANTAN 


PENASIHAT
YDH. SAC Dato Hj. Jalaluddin Bin Abdul Rahman
Ketua Polis Kelantan

PENGERUSI
Y.Bhg. Dato Abd Aziz Bin Nawi

NAIB PENGERUSI 1
YDH. SAC Dato Mazlan Bin Lazim
Timbalan Ketua Polis Kelantan

NAIB PENGERUSI 2
Y.Bhg. Dato Hj. Azham Zamiri Bin Mohamad Satar


AHLI JAWATANKUASA
Mr. Kelvin Yeap Tong Wei K.M.N., P.B
Tuan Hj. Jae Affandi
Puan Noor Akbari bt Ismail Ali
Mr Chua Yew Beng S.M.K
Mr. Subraniam ARA Nachiappan J.M.N.,J.M.K.
Mr Goh Wong Swee
YDH ACP Azham bin Othman
Mr. Lau Chit Fang
Dr, Geshina Ayu bt Mat Saat
Hamzah bin Mamat


Latarbelakang Kelab Pencegahan Jenayah Malaysia


Latar Belakang KPJ
Kelab Pencegahan Jenayah ialah kelab yang ditubuhkan di semua sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/2006, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Matlamat Penubuhan KPJ
1. Membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid-murid terhadap kemungkinan wujudnya gejala antisosial di sekeliling mereka.

2. Mewujudkan kerjasama yang erat di antara pihak sekolah dan pihak polis dalam usaha mencegah perbuatan jenayah sama ada di dalam atau di luar sekolah.

3. Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah dan mempunyai kefahaman tentang penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan masyarakat yang harmoni dan aman.

Moto KPJ
“Mencegah lebih baik daripada Memerangi”

Objektif KPJ

1. Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah.

2. Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi di kalangan murid.

3. Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada memerangi jenayah.

4. Menyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan dan menjalankan aktiviti yang bersesuaian.

5. Melahirkan murid-murid yang bertanggungjawab dalam hal menangani jenayah demi agama, bangsa dan negara.

Peranan Ahli KPJ
Peranan Ahli KPJ adalah untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang mengambil kira lima domain pembangunan murid Kementerian Pelajaran Malaysia:

1. Pembudayaan Adab Murid
2. Peningkatan Disiplin Murid
3. Perpaduan Murid
4. Patriotisme
5. Jatidiri

Jawatankuasa KPJ
Pelaksanaan KPJ di semua sekolah ditentukan dan dipantau oleh:
1. Jawatankuasa Bertindak melalui pendekatan masyarakat yang dibentuk oleh Jawatankuasa Petugas Khas Menangani Gejala Salah Laku Murid peringkat KPM.
2. Jawatankuasa Disiplin Murid Jabatan Pelajaran Negeri
3. Jawatankuasa Peringkat Gabungan/Daerah/Zon (pengetua/guru besar yang dilantik oleh KPPM)
4. Jawatankuasa KPJ peringkat sekolah

Jawatankuasa KPJ Peringkat Sekolah Rendah/Menengah
Penaung:
Pengetua/Guru Besar
Penasihat:
Penolong Kanan HEM
Pegawai Perhubungan Sekolah
Guru Penasihat:
Guru Disiplin Sekolah (2 orang)
AJK Kelab:
-Pengerusi
-Naib Pengerusi
-Setiausaha
-Penolong Setiausaha
-Bendahari
-Ahli Jawatankuasa (5 orang)
-Pemeriksa Kira-kira (2 orang)
Keahlian:
Terbuka kepada semua murid di sekolah berkenaan

Aktiviti Kelab Pencegahan Jenayah
1. Ceramah dan Dialog:
-Pencegahan Jenayah oleh pegawai perhubungan polis
-Penyalahgunaan dadah dan hukumannya

2. Kursus, Bengkel dan Seminar:
-Membentuk keterampilan diri
-Pembentukan sahsiah murid

3. Lawatan Sambil Belajar:
-Penjara
-Sekolah Henry Gurney

4. Kempen:
-Antijenayah
-Antimerokok
-Antidadah

5. Perkhemahan:
-Kem Motivasi untuk murid berisiko tinggi
-Perkhemahan Jati Diri

6. Pertandingan:
-Sketsa jenayah murid-murid sekolah
-Mencipta logo dan slogan anti jenayah

7. Penerbitan:
-Menerbitkan buletin KPJ
-Mengedarkan berita-berita pencegahan jenayah

8. Program-program Khas:
-Karnival KPJ
-Program bersama PDRM (cth: Rakan Cop)
-Program Jati Diri

Sumber: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM)

Isnin, 28 April 2014

Latar Belakang Penubuhan Blog Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia - Kelantan

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. 

Hari ini, 28 April 2014 merupakan hari yang bersejarah bagi penubuhan blog rasmi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia - Kelantan. Alhamdulillah, blog ini telah berjaya dicipta dengan jayanya oleh Saudara Ahmad Nabil bin Mohd Mokhtar dan Saudari Siti Suriani bt Suldi mewakili Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Kota Bharu sesi 2014/2015 yang dipertanggungjawabkan untuk mewakili IPGKKB pembinaan Blog YPJM Kelantan. Kedua-dua guru pelatih ini turut telah diberikan bimbingan oleh pensyarah yang terlibat, Puan Noor Akbari bt Ismail Ali dan Encik Azizi bin Jaafar. Kedua-dua pensyarah ini merupakan peneraju kepada Kelab Pencegahan Jenayah yang akan ditubuhkan di IPG ini.

Atas inisiatif pihak pengurusan IPGKKB yang diterajui oleh Tuan Pengarah IPGKKB sendiri, Tuan Hj Hashim bin Deraman dengan kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM), blog ini telah berjaya dibentuk bagi memberikan pendedahan dan kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan pencegahan jenayah di seluruh Malaysia secara amnya. Dengan berpegang kepada satu moto yang sama, "Mencegah lebih baik daripada Memerangi" adalah satu tanggungjawab yang perlu dipikul oleh semua pihak terutamanya bagi mendidik generasi akan datang.

Semoga dengan kewujudan blog ini, sedikit sebanyak akan dapat membantu orang ramai dalam mendapatkan maklumat yang mungkin boleh digunapakai ketika berhadapan dengan murid-murid dalam usaha membantu pihak kerajaan dalam mengurangkan kadar jenayah di Kelantan terutamanya.

Sekian, Wassalam...
"Mencegah Lebih Baik Daripada Memerangi"