Sabtu, 10 Mei 2014

Ucapan Pengerusi MCPF Kelantan



1. Surah An-Nahl ayat 114 :

فَكُلُواْ مِمَّا رَزَقَكُمُ اللّهُ حَلالاً طَيِّباً وَاشْكُرُواْ نِعْمَتَ اللّهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

"Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata."

Rakyat d Negeri Kelantan hendaklah sentiasa rasa bersyukur dengan segala peluang, nikmat dan keselesaan yang wujud di  negeri ini dan Negara kita. Pun begitu, kita tidak boleh alpa dan lupa bahawa keamanan, kesejahteraan dan nikmat ini boleh digangu gugat pada bila-bila masa.


2. Surah Al-Anfaal ayat 60 :

وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدْوَّ اللّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِن دُونِهِمْ لاَ تَعْلَمُونَهُمُ اللّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لاَ تُظْلَمُونَ

“Dan sediakanlah untuk menentang mereka musuh-musuh menceroboh segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu.”

Alhamdulillah, Negeri Kelantan telah dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan  dan tenaga untuk memastikan keselamatan hartabenda dan rakyat terpelihara. Tetapi tentu semua bersetuju bahawa semua itu tidak mampu melindungi kita secara 100% .


3.  Surah Al-Maaidah ayat  2 :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تُحِلُّواْ شَعَآئِرَ اللّهِ وَلاَ الشَّهْرَ الْحَرَامَ وَلاَ الْهَدْيَ وَلاَ الْقَلآئِدَ وَلا آمِّينَ الْبَيْتَ الْحَرَامَ يَبْتَغُونَ فَضْلاً مِّن رَّبِّهِمْ وَرِضْوَاناً وَإِذَا حَلَلْتُمْ فَاصْطَادُواْ وَلاَ يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ أَن صَدُّوكُمْ عَنِ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَن تَعْتَدُواْ وَتَعَاوَنُواْ عَلَى الْبرِّ وَالتَّقْوَى وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُواْ اللّهَ إِنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

“…..bertolong-tolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan ketaqwaan dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pertelingkaran.”

7.  Janganlah kita mudah terpedaya dengan fitnah-fitnah yang di bawa oleh musuh kita, bagi menghancurkn perpaduan dan kerjasama yang telah dipupuk sekian lama.

8. Hadis Nabi Muhammad s.a.w. :

“Perumpamaan orang Mukmin dalam kasih sayang, ramah mesra dan hubungan baik mereka adalah seperti satu jasad, apabila satu anggota padanya sakit akan menyebabkan semua anggota berjaga malam menahan sakit.”


8. Kita perlulah sedar bahawa jika tiada kerjasama di kalangan masyarakat, maka amatlah sukar bagi pihak berkuasa membanteras jenayah secara bersendirian.

9.  Pihak kerajaan melalui agensi penguatkuasaan seperti PDRM dengan kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Kelantan komited terhadap usaha untuk mengurangan kadar jenayah dan membanteras aktiviti jenayah supaya semua boleh hidup tanpa ketakutan dan aman.

10.  Walau bagaimana pun, SEMUA perlu
ambil tahu,
ambil berat,
ambil kisah,
ambil teladan dan
ambil tindakan.

11. Kita mendoakan agar semua penduduk di semua Daerah di Kelantan serta negara Malaysia menjadi negeri dan negara yang aman dan diberkati Allah.

12. Surah Al-Hujuraat ayat 13 :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوباً وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenal (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).”

0 comments:

Catat Ulasan