Selasa, 29 April 2014
KPN galak siswa-siswi tubuh kelab pencegahan jenayah
Oleh NURUL SHYAZWANIE ZAINUN @ MOHAMAD
Siswa-siswi Universiti Sains Malaysia (USM) digalak menubuhkan kelab pencegahan jenayah bagi memberi pendedahan mengenai usaha membasmi jenayah yang kian berleluasa.
Hasrat tersebut telah disampaikan oleh Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika menyampaikan syarahan perdana yang bertajuk Futuristic Policing: The Direction of Polis DiRaja Malaysia (PDRM) in the Context of Vision 2020 di Dewan Budaya pada 11 November lalu.
Menurut beliau, melalui kelab pencegahan jenayah, siswa-siswi dapat berkongsi informasi mengenai langkah-langkah pencegahan jenayah sekaligus menjadi agen dalam mencegah aktiviti jenayah.
“Kita seharusnya peka dengan keadaan sekeliling dan perlu bersikap menjaga tepi kain orang kerana melalui sikap sedemikian, kita dapat mengesan aktiviti jenayah yang berlaku dalam kalangan siswa-siswi”, katanya.
Tambah beliau, kelab ini mampu mengesan aktiviti jenayah dalam kampus dan membentuk sebuah kampus yang betul-betul selamat.
“Siswa-siswi juga harus mempunyai keinginan untuk mengambil tahu akan aktiviti yang mencurigakan di sekeliling mereka kerana ia bermungkinan ialah aktiviti jenayah”, jelasnya.
“Dengan sikap tersebut, tanpa kita sedari ia telah membantu polis dalam membendung aktiviti jenayah daripada terus berleluasa”, katanya.
Dalam ucapannya, beliau turut menggalakkan penglibatan komuniti setempat dalam mencegah jenayah yang dilihat antara kaedah efektif dalam menjalankan tanggungjawab menjaga keselamatan masyarakat dan keamanan negara.
Malah, beliau juga memperincikan tanggungjawab besar PDRM dalam menjaga dan menentukan tahap keselamatan negara yang meliputi semua aspek termasuklah pencegahan, pengawalan dan tindakan.

Labels:
Berita
UiTM Anjur Majlis Pencegahan Jenayah Perdana
Seramai 500 orang Warga Fakulti
Komunikasi Dan Pengajian Media(FKPM), Universiti Teknologi MARA(UiTM)
Cawangan Melaka telah menjayakan majlis Pencegahan Jenayah Perdana
bertajuk “Mencegah itu lebih baik dari menghukum”.Rektor UiTM Cawangan
Melaka, Datuk Prof.Madya Dr. Mizan Hitam, telah merasmikan program
berkaitan di Dewan Bendahara UiTM Cawangan Melaka.Turut hadir,
Datuk Prof. Madya Dr.Abu Bakar Mohd Diah, selaku Ketua Pegawai
Eksekutif, Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Kreativiti Inovasi dan
Pengkomersilan(R&DCIC), Prof. Madya Sabariah Hj.Mahat, Timbalan
Rektor Hal Ehwal Akademik(HEA), En.Norazman Harun, Timbalan Rektor Hal
Ehwal Pelajar(HEP), ASP Mohd. Zulkifli Yusuf, Pegawai Penyiasat Kanan,
Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah,
ASP/PB/Abdul Razak Othman, Unit Polis Bantuan UiTM Cawangan Melaka,
pensyarah kanan dan juga para pelajar Diploma Pengajian Media UiTM
Melaka.
Menurut Mizan, pihak pengurusan
Universiti memandang serius terhadap aspek Pencegahan Jenayah dari
kalangan Warga Kampus UiTM khususnya para pelajar.”Penganjuran program
Pencegahan Jenayah Perdana oleh Kelab KOMED amat signifiken dengan
persekitaran pembelajaran dan keselamatan diri serta aset pelajar,”
ujarnya disini baru-baru ini.Beliau memuji usaha Warga Fakulti
Komunikasi dan Pengajian Media(FKPM) untuk mendahului penganjuran
program pencegahan jenayah bersama Agensi Keselamatan diperingkat Negeri
Melaka, melibatkan Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah,Jabatan Agama
Islam Negeri Melaka(JAIM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM)
dan juga Rumahku Syurgaku(RKSK), Kerajaan Negeri Melaka.”Penganjuran
Program Cegah Jenayah ini, membantu usaha pengurusan Universiti untuk
menangani permasalahan perlakuan jenayah serta tatatertib yang
melibatkan para penuntut UiTM Melaka,” katanya.
Penglibatan pelbagai Agensi Keselamatan
bersama pengurusan Unit Polis Bantuan UiTM dijangka mampu membendung
peningkatan kes kehilangan harta benda dan juga keselamatan pelajar
diperingkat Kolej kediaman dalam dan juga luar kampus.”Semua pihak
khususnya PDRM dijangka mampu memberikan sokongan,pemantauan dan
kerjasama erat dalam melaporkan apa sahaja kes yang melibatkan para
pelajar UiTM,”ujarnya.Muhammad Anwar Fahmi bin Abdullah selaku Penasihat
Kelab KOMED berkata, program sepanjang satu hari itu dimeriahkan dengan
Larian Cegah Jenayah mengelilingi kampus, Forum Pencegahan Jenayah,
Pamerah Booth antara Agensi Keselamatan dan juga pembentangan Kertas
Kerja oleh pelajar Part 1, Diploma Pengajian Media UiTM Melaka.Menurut
beliau, para pelajar tahun satu, merupakan kumpulan perintis dibarisan
hadapan yang wajar dipupuk dengan nilai kesedaran Pencegahan
Jenayah.”Kita harap mesej pencegahan jenayah ini akan diterapkan secara
langsung terhadap seluruh Warga UiTM, pelajar bukan hanya perlu mencapai
kejayaan akademik malahan aspek keselamatan juga wajar dipantau dan
dipelihara,”katanya.
Ketua Pusat Pengajian(KPP) Fakulti
Komunikasi Dan Pengajian Media(FKPM) En. Shahril Anuar bin Abdul Ghalim
berkata, semua pihak wajar memberikan sokongan padu ke arah menangani
isu peningkatan kes jenayah dari kalangan pelajar khususnya melalui
pendekatan kempen pencegahan.”Pendekatan kerjasama antara pelbagai
Agensi Keselamatan dan juga yang penting kesanggupan para pelajar
sendiri, turun padang menyertai kempen kesedaran Pencegahan Jenayah
bakal membantu pihak pengurusan Universiti tangani isu salahlaku jenayah
dari kalangan pelajar,”ujarnya.
Labels:
Berita
Informasi Umum Mengenai Jenayah
Pendekatan Polis Kelantan Cegah Jenayah
Sumber: Youtube
POLIS, BANK JALIN KERJASAMA CEGAH JENAYAH SIBER
Sumber: Youtube
>>> Kembali ke Video <<<
Labels:
Video
Hubungi Kami
Untuk berurusan dengan pihak kami, sila hubungi melalui:
YAYASAN PENCEGAHAN JENAYAH MALAYSIA – KELANTAN
JAWATANKUASA PERHUBUNGAN NEGERI KELANTAN 2012 ( PPM/KEL0002/93-15)
MALAYSIA CRIME PREVENTION FOUNDATION
KELANTAN
LIAISON COMMITTEE 2012 (PPM/KEL0002/93-15)
D/A IBU PEJABAT POLIS
KONTINJEN KELANTAN
JALAN BAYAM, 15990 KOTA
BHARU, KELANTAN
TEL : 6 09-7455509 H/P : 6 012-9085555
E-MAIL : mcpfkelantan@yahoo.com
WWW. MCPFKELANTAN.COM
Labels:
Hubungi
Pautan
Badan Berkanun (Kerajaan Malaysia)
Kementerian Dalam Negeri
Kementerian Pendidikan Malaysia
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM)
Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia
Badan Berkanun (Kerajaan Negeri)
Majlis Perbandaran Kota Bharu
Ibu Pejabat Polis Kota Bharu
YPJM KELANTAN
Kelab Pencegahan Jenayah Institusi-institusi Pengajian
Kelab Pencegahan Jenayah Sekolah-sekolah Menengah
Kelab Pencegahan Jenayah Maktab Sultan Ismail
Kelab Pencegahan Jenayah SMK Dato' Ahmad Maher
Kelab Pencegahan Jenayah SMKA Naim Lil Banat
Kelab Pencegahan Jenayah SMK Zainab
Kelab Pencegahan Jenayah SMK Sultan Ismail Kota Bharu
Kelab Pencegahan Jenayah SMK Sering
Kelab Pencegahan Jenayah SMA Tengku Amalin A'ishah Putri
Kelab Pencegahan Jenayah SMK Kemumin
Kelab Pencegahan Jenayah SMK Kota
Kelab Pencegahan Jenayah SMK Panji
Kelab Pencegahan Jenayah SMK Pengkalan Chepa 1
Kelab Pencegahan Jenayah SMK Pengkalan Chepa 2
Kelab Pencegahan Jenayah SMK Pasir Putih
Kelab Pencegahan Jenayah SMK Taman Melawati
Kelab Pencegahan Jenayah SMK Seri Kembangan
Kelab Pencegahan Jenayah SMK Gombak Setia
Kelab Pencegahan Jenayah SMK Taman Selesa Jaya
Kelab Pencegahan Jenayah Sekolah-sekolah Rendah
Kelab Pencegahan Jenayah SK Taman Cuepacs
Kelab Pencegahan Jenayah SK. St. John (1)
Labels:
Pautan
Organisasi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Negeri Kelantan (MCPF)
JAWATANKUASA PERHUBUNGAN
YAYASAN PENCEGAHAN JENAYAH MALAYSIA (MCPF)
NEGERI KELANTAN
PENASIHAT
YDH. SAC Dato Hj. Jalaluddin Bin Abdul Rahman
Ketua Polis Kelantan
PENGERUSI
Y.Bhg. Dato Abd Aziz Bin Nawi
NAIB PENGERUSI 1
YDH. SAC Dato Mazlan Bin Lazim
Timbalan Ketua Polis Kelantan
NAIB PENGERUSI 2
Y.Bhg. Dato Hj. Azham Zamiri Bin Mohamad Satar
AHLI JAWATANKUASA
Mr. Kelvin Yeap
Tong Wei K.M.N., P.B
Tuan Hj. Jae
Affandi
Puan Noor Akbari bt
Ismail Ali
Mr Chua Yew Beng S.M.K
Mr. Subraniam ARA
Nachiappan J.M.N.,J.M.K.
Mr Goh Wong Swee
YDH ACP Azham bin
Othman
Mr. Lau Chit Fang
Dr, Geshina Ayu bt Mat
Saat
Hamzah bin Mamat
Labels:
Organisasi
Latarbelakang Kelab Pencegahan Jenayah Malaysia
Latar Belakang KPJ
Kelab Pencegahan Jenayah ialah kelab yang ditubuhkan di semua sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/2006, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Matlamat Penubuhan KPJ
1. Membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid-murid terhadap kemungkinan wujudnya gejala antisosial di sekeliling mereka.
2. Mewujudkan kerjasama yang erat di antara pihak sekolah dan pihak polis dalam usaha mencegah perbuatan jenayah sama ada di dalam atau di luar sekolah.
3. Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah dan mempunyai kefahaman tentang penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan masyarakat yang harmoni dan aman.
Moto KPJ
“Mencegah lebih baik daripada Memerangi”
Objektif KPJ
1. Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah.
2. Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi di kalangan murid.
3. Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada memerangi jenayah.
4. Menyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan dan menjalankan aktiviti yang bersesuaian.
5. Melahirkan murid-murid yang bertanggungjawab dalam hal menangani jenayah demi agama, bangsa dan negara.
Peranan Ahli KPJ
Peranan Ahli KPJ adalah untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang mengambil kira lima domain pembangunan murid Kementerian Pelajaran Malaysia:
1. Pembudayaan Adab Murid
2. Peningkatan Disiplin Murid
3. Perpaduan Murid
4. Patriotisme
5. Jatidiri

Jawatankuasa KPJ
Pelaksanaan KPJ di semua sekolah ditentukan dan dipantau oleh:
1. Jawatankuasa Bertindak melalui pendekatan masyarakat yang dibentuk oleh Jawatankuasa Petugas Khas Menangani Gejala Salah Laku Murid peringkat KPM.
2. Jawatankuasa Disiplin Murid Jabatan Pelajaran Negeri
3. Jawatankuasa Peringkat Gabungan/Daerah/Zon (pengetua/guru besar yang dilantik oleh KPPM)
4. Jawatankuasa KPJ peringkat sekolah

Jawatankuasa KPJ Peringkat Sekolah Rendah/Menengah
Penaung:
Pengetua/Guru
Besar
Penasihat:
Penolong
Kanan HEM
Pegawai
Perhubungan Sekolah
Guru
Penasihat:
Guru
Disiplin Sekolah (2 orang)
AJK Kelab:
-Pengerusi
-Naib Pengerusi
-Setiausaha
-Penolong Setiausaha
-Bendahari
-Ahli Jawatankuasa (5 orang)
-Pemeriksa Kira-kira (2 orang)
-Pengerusi
-Naib Pengerusi
-Setiausaha
-Penolong Setiausaha
-Bendahari
-Ahli Jawatankuasa (5 orang)
-Pemeriksa Kira-kira (2 orang)
Keahlian:
Terbuka kepada semua murid di sekolah berkenaan
Terbuka kepada semua murid di sekolah berkenaan
Aktiviti Kelab Pencegahan Jenayah
1. Ceramah dan Dialog:
-Pencegahan Jenayah oleh pegawai perhubungan polis
-Penyalahgunaan dadah dan hukumannya
-Pencegahan Jenayah oleh pegawai perhubungan polis
-Penyalahgunaan dadah dan hukumannya
2. Kursus, Bengkel dan Seminar:
-Membentuk keterampilan diri
-Pembentukan sahsiah murid
-Membentuk keterampilan diri
-Pembentukan sahsiah murid
3. Lawatan Sambil Belajar:
-Penjara
-Sekolah Henry Gurney
-Penjara
-Sekolah Henry Gurney
4. Kempen:
-Antijenayah
-Antimerokok
-Antidadah
-Antijenayah
-Antimerokok
-Antidadah
5. Perkhemahan:
-Kem Motivasi untuk murid berisiko tinggi
-Perkhemahan Jati Diri
-Kem Motivasi untuk murid berisiko tinggi
-Perkhemahan Jati Diri
6. Pertandingan:
-Sketsa jenayah murid-murid sekolah
-Mencipta logo dan slogan anti jenayah
-Sketsa jenayah murid-murid sekolah
-Mencipta logo dan slogan anti jenayah
7. Penerbitan:
-Menerbitkan buletin KPJ
-Mengedarkan berita-berita pencegahan jenayah
-Menerbitkan buletin KPJ
-Mengedarkan berita-berita pencegahan jenayah
8. Program-program Khas:
-Karnival KPJ
-Program bersama PDRM (cth: Rakan Cop)
-Program Jati Diri
-Karnival KPJ
-Program bersama PDRM (cth: Rakan Cop)
-Program Jati Diri
Sumber: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM)
Labels:
Info
Isnin, 28 April 2014
Latar Belakang Penubuhan Blog Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia - Kelantan
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Hari ini, 28 April 2014 merupakan hari yang bersejarah bagi penubuhan blog rasmi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia - Kelantan. Alhamdulillah, blog ini telah berjaya dicipta dengan jayanya oleh Saudara Ahmad Nabil bin Mohd Mokhtar dan Saudari Siti Suriani bt Suldi mewakili Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Kota Bharu sesi 2014/2015 yang dipertanggungjawabkan untuk mewakili IPGKKB pembinaan Blog YPJM Kelantan. Kedua-dua guru pelatih ini turut telah diberikan bimbingan oleh pensyarah yang terlibat, Puan Noor Akbari bt Ismail Ali dan Encik Azizi bin Jaafar. Kedua-dua pensyarah ini merupakan peneraju kepada Kelab Pencegahan Jenayah yang akan ditubuhkan di IPG ini.
Atas inisiatif pihak pengurusan IPGKKB yang diterajui oleh Tuan Pengarah IPGKKB sendiri, Tuan Hj Hashim bin Deraman dengan kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM), blog ini telah berjaya dibentuk bagi memberikan pendedahan dan kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan pencegahan jenayah di seluruh Malaysia secara amnya. Dengan berpegang kepada satu moto yang sama, "Mencegah lebih baik daripada Memerangi" adalah satu tanggungjawab yang perlu dipikul oleh semua pihak terutamanya bagi mendidik generasi akan datang.
Semoga dengan kewujudan blog ini, sedikit sebanyak akan dapat membantu orang ramai dalam mendapatkan maklumat yang mungkin boleh digunapakai ketika berhadapan dengan murid-murid dalam usaha membantu pihak kerajaan dalam mengurangkan kadar jenayah di Kelantan terutamanya.
Sekian, Wassalam...
"Mencegah Lebih Baik Daripada Memerangi"

Langgan:
Catatan (Atom)